|
Hi..
Been around.. doing this and that.... ok, to start the comeback..:
Azree: I nak tanya you satu soalan psychology Seri: Soalan apa? Azree: Ada sebatang pokok yg rendang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dari pokok tu, tumbuh pucuk dan daun. Kemudian datang musim luruh... daun pada pokok tadi layu, kering lalu gugur ke tanah. Jadi di antara keempat-empat elemen tadi: pokok, hujan, daun, dan musim luruh: mana yang you suka? Seri: Yang I suka? Azree: Ha'ah.
Seri terdiam.. berfikir. Yang mana satu dia suka? Pokokkah, daunkah, hujankah, atau musimkah? Yang mana menarik pada fikirannya...?
Seri: I suka daun. Azree: Kenapa suka daun? Seri: Sebab ada cerita di sebalik daun tu. Ada permulaaan iaitu pucuk dan ada akhirnya apabila ia kering dan jatuh ke tanah. Azree: Tapi... ada yg tak baik tentang daun tu. Seri: Kenapa? Sebab dia mati? You pilih apa? Azree: I mestilah pokok.... Seri: Kenapa pokok... Azree: Org yang pilih pokok ni adalah org yg penyabar, dan tak mudah berubah hati. Seri: Pokok boring.... Kalau hujan? Azree: Org yg suka hujan adalah org yg suka dibelai dan dimanja... Seri: Musim luruh? Azree: (Ketawa) Org yang suka main kayu tiga. Seri: Ada ke macam tu pulak. Habis tu, daun tu apa? Azree: Daun tu you-lah... Seri: I apa...? Azree: Playgirl.... Seri: Chesss....
|