Entry: Kemalangan di dapur Jul 17, 2006



Hai.. tak habis-habis lagi cerita di dapur ya? Minggu lepas, petang Khamis, malam
Jumaat saya dengan suka hati masak spagetti. Telah berlaku satu kemalangan, air rebusan spagetti yang baru mendidih tercurah ke tangan kiri.

7.10 ptg   : Air tercurah ke kelima-lima jari dan sebahagian tapak tangan, terus lalukan air dari pili.

7.15 ptg   :
Rendam tangan dalam semangkuk air - kepala dah pening, mabuk, mual (kalau tengok darah/nanah sendiri saya jadi mabuk - darah orang lain tak mabuk pula) 
- sapu gel aloe vera - rendam lagi - sakit macam tangan sedang dibakar atas api - teringat orang yang terbakar, mesti lagi sakit
- solat Maghrib macam kartun - rendam lagi - sakit belum kurang - teringat api neraka huhuhuhu.. mesti lagi sakit
- baca buku cerita sambil rendam tangan untuk alihkan perhatian.

9.00 mlm   :
Baru teringat saya ada jeli gamat - sapu jeli gamat, rasa nyaman sket - sakit dah mula kurang tapi turun naik macam ombak besar - letak tangan kat kipas angin

10.00 mlm   :
Sakit dah kurang sangat, macam ombak-ombak kecil di gigi pantai.

12.00 mlm   :
Dah tak sakit - Yay! Solat Isyak dan tidor....

Jumaat   : Tapak tangan dan jari-jari nampak merah. Separuh jari manis bengkak, dua kesan melecur hitam di jari manis dan jari kelingking, ada dua biji blisters yang tak berapa besar. Hmm.. sakit bukan main, tapi outcome-nya tak seberapa pun...

Sabtu   : Tapak tangan mengelupas halus-halus (geramnya, siap ditarik-tarik dengan tweezers). Blisters yang sedia ada jadi bertambah besar, ada blisters baru keluar. Bengkak belum surut.

Ahad   : Baru nampak kecederaan sebenar, kulit jadi hitam-hitam (separuh jari manis, jari kelingking sikit, jari hantu sikit, atas ibu jari sikit). Blisters kecil-kecil mula kelihatan. Bengkak sedikit surut.

Hodohnya... macam tangan Freddie Krugger.. wahahahahah..!!!!

   2 comments

Hati
July 31, 2006   09:42 AM PDT
 
Thanks Zino. Saya ni kidal... terganggu gak la sket. Anyway, dah baik dah mak...
zino
July 30, 2006   02:23 PM PDT
 
tak pegi ke klinik ke.. sure ada cream yg sesuai utk menjaga kulit yg melecur tu.. teringat anak saudara yg terkena baru2 ni..

nasib baik tangan kiri.. kalau kanan kan dah susah nak nak berkarya..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments