Entry: Kisah di dapur Jul 4, 2006



Makcik Onah sedang melayan Mak Su Tijah sekeluarga. Mak Su Tijah menziarah Makcik Onah, dengan tujuan untuk memperkenalkan menantu barunya, Ika. Di atas meja, terhidang goreng pisang yang masih panas - hasil tangan Pak Tam (tiada hubungan keluarga dengan Makcik Onah ataupun Mak Su Tijah) yang berniaga di tepi simpang sana.

Sepanjang ziarah itu, puas Makcik Onah menemu ramah Ika. Pelbagai soalan ditanya dari asal keturunan Ika hinggalah ke pendapatan bulanannya - yang terpaksa Ika jawab dangan wajah manis-manis kelat.

Setelah lebih sejam dan sepiring goreng pisang telah pun terkubur di dalam perut, Mak Su Tijah mula menunjukkan tanda-tanda untuk mengundur diri. Ika mula mengemas meja, menyusun cawan dan piring di atas talam. Makcik Onah berkata, "Eh, janganlah susah-susah Ika. Biarlah kat situ."

Mendengar bicara Makcik Onah, Ika sekadar menyusun cawan terakhir lalu kembali duduk di samping Mak Su Tijah. Kedua-dua mereka meninggalkan rumah Makcik Onah tidak lama kemudian.

Menjelang petang, Makcik Onah pula bertandang ke rumah jirannya Mak Choh. Cuma kali ini Mak Choh tak pula menghidangkan apa-apa. Sekadar segelas air kosong buat membasahkan tekak.

Sambil melepaskan lelah yang entah dari mana datangnya, Makcik Onah memulakan cerita, "Tadi Tijah datang umah aku. Bawa menantu baru dia."

"Eh, iya ke.... tak singgah rumah aku pun," balas Kak Choh seraya menggelengkan kepala. "Macam mana rupa menantu dia tu?"

"Bolehla tahan. Kerja pun bagus jugak..."

"Iyer... bertuah si Tijah tu yer..."

"Harapnya macam tulah..." jawab Makcik Onah. Mulutnya sedikit tercebik.

"Kenapa Onah, ada yang tak kena ke?" soal Kak Choh, hampir berbisik.

"Entah, aku tengok macam berat tulang je budak tu. Silap-silap haribulan, Tijah yang kena jaga dia, bukan dia yang jaga Tijah."

"Pemalas?"

"Dia datang rumah aku tadi... langsung tak ditolongnya angkat cawan ke dapur. Dia biar ajer kat atas meja tu..."

Kak Choh menggeleng-gelengkan kepala sambil berbunyi, "Isk... isk... isk...."

****************************

Ini kisah makcik-makcik dari generasi yang terdahulu. Kadang-kadang apa yang diperkatakan tidak sama dengan persepsi dan ekspektasi.

   6 comments

web design
June 26, 2009   10:35 AM PDT
 
NAK KENALKAN MENANTU BARU SAMPAI MACAM TU
malaysia web design
June 23, 2009   02:41 PM PDT
 
mana ada keramat semua kuasa tuhan la
malaysia seo
April 17, 2009   06:18 PM PDT
 
MEMANG KERAMAT KE
Hati
July 17, 2006   09:11 AM PDT
 
Kemat: Betul, especially orang-orang tua. Orang Melayu banyak berlapik bila bercakap.

Zino: Cerita semasa...
kemat
July 15, 2006   10:39 PM PDT
 
Moral yg dipelajari, lain kali angkat je cawan tu kan.. selagi tak salah biar sedikit menyusahkan kita.. manusia memang pelik..yang terucap di mulut tak penah sam dgn ape yg terpendam di hati..
zino
July 6, 2006   08:17 PM PDT
 
cerita baru ke ni? hehe

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments