I'm just a writer with something to share. You'll find fragments from my novels, short stories, poems etc. All comments are welcomed.
First published novel: Menyingkap Ilusi. Should you want to own a copy, please drop me an e-mail at hatikasih75@yahoo.com. The price of the book is RM21.90 per copy. I'll send the book to you personally (autographed upon request, free postage for shipment within Malaysia). If you are in Melaka, there'll be a 20% discount! *wink*.
For the time being, the book is also available at MPH bookstores. Arrangements have been made to distribute the books to Rhythm Bookstores, Times, Popular, Kinokuniya dan other retail outlets.

Pengumunan:
1. Blog untuk novel "Menyingkap Ilusi telah diadakan. Sila lawat Menyingkap Ilusi untuk membaca abstrak, prolog, bab pertama dan beberapa petikan dari novel ini.
2. Blog untuk novel dalam penulisan "Siswi Norlili" telah diadakan. Blog ini hanya akan dikemaskini setiap kali satu-satu bab selesai ditulis. Walau bagaimanapun, penambahan terbaru Siswi Norlili tetap akan dimasukkan di blog utama - Ilusi.
Sila Klik untuk ke Siswi Nor Lili
|
|
|
 |
|
Jun 26, 2006
Cuti sekolah baru berlalu. Dan seperti biasa, cuti sekolah adalah musim orang buat kerja kahwin. Kawan saya panggil mating season. Hampir setiap hujung minggu ada jemputan kenduri.
Baru-baru ni saya temui seorang kawan. Masa saya jumpa dia, mukanya mencuka benar, bak kata pepatah, muncung panjang sedepa. Apabila saya bertanya kenapa, dia menjawab, "Ex-boyfriend aku nak kahwin hunjung minggu ni..."
"Ex-boyfriend yang mana?" tanya saya. Setahu saya, senarai teman lelaki kawan saya ni agak panjang.
"Boyfriend masa kat universiti."
"Oh, jadi kau nak pergi ke tidak?" saya bertanya lagi. Teman lelaki masa di universiti... hmmm, dah lama kisahnya tu. Dia pun dah ada teman baru sekarang.
Sambil mengerutkan dahi, dia berkata, "Tak tahulah. Kawan-kawan satu kampus beria-ia nak pergi. Kalau aku tak pergi, nanti orang ingat aku masih terasa pula. Kalau pun aku kasi alasan, siapa nak percaya.Tak macho la."
"Tapi kau tak teringin ke nak tengok isteri dia?"
"Nak juga..."
Dia masih mencuka kala saya meninggalkannya. Hujung minggu, saya berjalan-jalan di pasaraya terdekat. Saya terjumpa kawan saya ini, cantik berbaju kebaya labuh. Dia sedang membelek kasut seorang diri sambil tersenyum simpul. Saya menegur, "Hai, dari mana ni?"
Dia berpaling. Suram yang saya lihat minggu lepas telah lenyap sama sekali dari wajahnya. "Aku baru balik dari kenduri."
"Kenduri ex-boyfriend kau?"
"Ha'ah" Dia tersenyum sehingga menampakkan giginya.
"Jadi juga kau pergi ye? Tapi kenapa kau gembira sangat ni? Hari tu susah hati bukan main..." soal saya, benar-benar ingin tahu.
"Hmm... elok juga aku pergi kenduri tu. Sebab aku pergilah aku suka sangat ni," dia membalas. Senyuman masih belum lekang dari bibir.
"Kenapa pula?"
"Kau rasa kenapa?" dia bertanya kembali dengan mata bersinar.
"Emm... sebab ex-boyfriend kau dah gemuk?"
"Bukan."
"Ex kau pengsan di pelamin bila dia nampak kau?"
"Taklah..."
"Nasik minyak sedap?"
"Eh kau ni, takkan sebab tu pula."
"Habis tu kenapa?"
Dia tersengih sebelum menjawab, "Sebab aku lebih lawa dari isteri dia."
Dia tertawa gembira sehingga saya turut ketawa - walaupun saya masih tidak nampak di mana lucunya.
Posted at 08:39 am by hatikasih
Permalink
Jun 7, 2006
Isnin lepas saya dan dua rakan sekerja ada pembentangan satu projek penyelidikan di sebuah agensi kerajaan di KL. Sesi pembentangan diadili oleh tujuh orang panel dan seorang Tan Sri sebagai pengerusi. Nama-nama kami dipanggil. Sampai ke nama saya, panggilan 'Puan' digunakan. Salah seorang rakan membetulkan panggilan itu. Tan Sri kata, "Kena betulkan ni, ada orang sensitif." Saya tak kisah pun... tak membawa apa-apa implikasi.
Tiba-tiba Tan Sri ni bertanya pada salah seorang ahli panel, "Misyar tu maksudnya musafir kan?"
Jawab ahli panel, "Agaknyalah"
Seorang yang lain mencelah, "Misha Omar."
Saya jadi pelik. Kenapa Tan Sri tiba-tiba tanya tentang kahwin Misyar? Pembentangan tak ada sangkut paut dengan tema perkahwinan pun. Takkan pula nampak saya ni calon Misyar? Chesss...
Lepas pembentangan, Dollah, team member saya memberi komen yang saya tak jangka, "Saya tengok muka Tan Sri tu, saya agak, dia mesti ada isteri lebih dari satu."
Aduih...
Kahwin Misyar.... perkahwinan yang hanya melepaskan suami dari tanggungjawab memberi nafkah zahir. Bukan soal siapa yang untung siapa yang rugi, tapi apakah implikasinya terhadap perkahwinan itu sendiri? Apabila seseorang lelaki tidak 'berkorban' dari segi material untuk seorang isteri, dan seorang isteri tidak menerima sumbangan material dari seorang suami, adakah wujud rasa tanggungjawab yang lebih tinggi di dalam perhubungan itu? Akan wujudkah rasa hormat menghormati di antara keduanya? Akan wujudkah asas kekeluargaan di dalam institusi tersebut?
Agaknya ada tak bakal diusulkan perkahwinan zahir semata? Hehehehe....
Posted at 08:45 am by hatikasih
Permalink
Cerita yang dah lama... Cik Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Macam-macam dengarnya... termasuklah berita yang dia dah kahwin tanpa restu keluarga. Entah ya, entah idak.... Cuma yang jelasnya, Siti adalah seorang manusia biasa yang punya kelebihan dan kelemahan, punya mimpi dan punya rahsia, punya hati dan punya rasa...
I'm been down with flu for the past week - the yearly dose of flu. Jumaat lepas, pergi klinik. Saya diberi antibiotik dan ubat batuk. Yang peliknya, indikasi pada ubat batuk tu berbunyi: tidak untuk diambil bersama antibiotik. Haik...?
Posted at 08:36 am by hatikasih
Permalink
May 25, 2006
Posted at 11:12 am by hatikasih
Permalink
May 15, 2006
Seorang ayah sedang minum pagi dengan anak lelakinya. Sambil meletakkan akhbarnya ke sisi, dia bercerita kepada anaknya, "Ahmi, semalam kan, ayah baca surat khabar. Ada berita tentang seorang budak yang suka main api. Satu malam dia main mancis. Masa tu, mak, ayah dan adik beradik dia dah tidur. Sedar-sedar rumah diaorang terbakar. Ayah dia kejutkan anak sulung dia, lepas tu ayah dia pergi kejutkan adik-adik yang lain. Anak sulung dia ni, bangun sekejap, tapi lepas tu dia tidur balik...
Ayah dia pun kelam kabut selamatkan barang-barang dan sebagainya. Masa ayah dia dah keluar dari rumah tu, api dah marak sangat. Kemudian barulah dia nampak anak sulung dia tadi belum keluar dari rumah tu. Dia nampak susuk badan anak dia, menejit-jerit minta tolong. Tapi dia tak boleh buat apa-apa dah, sebab api dah besar sangat. Jadi anak dia mati...
Jadi...Ahmi jangan main api tau?"
Si anak yang mendengar cerita ayahnya diam sambil menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Si ayah menghirup kopinya dengan rasa puas hati sebab dia telah berjaya menyampaikan sesuatu kepada si anak.
Tiba-tiba suara Ahmi mencelah fikirannya, "Ayah... ayah dia tu lembap eh?"
Si ayah pandang wajah anaknya sambil mengangkat kening, "Tak... api dah marak sangat."
Setelah diam beberapa ketika, Ahmi bersuara lagi, "Ayah, kalau Ahmi yang kat dalam rumah tu, ayah selamatkan tak?"
"Eh, ayah cakap jangan main api - jangan mainlah! Dah, end of story."
Posted at 09:13 am by hatikasih
Permalink
Lepas pergi check up hari tu, teruja la pasal jenis darah saya. Jadi, masa balik kampung baru-baru ni, sibuk tanya mak abah. Mula-mula tanya mak, apa blood type dia. Mak kata (translated): The last time I checked, it was O.
Hmm... I must have gotten my A+ from abah then. Jadi, pi cari abah pulak:
Saya: Abah, apa jenih darah abah?<BR>Abah: Jenih O la. Saya: Eh, macam mana jenih O pulak? (I'm getting confused here, where did I come from then?) Abah: Darah Orang jenih O la... Saya: Pesaipa darah kakak jenih A? Abah: Oooo... Darah AYAM la kalau lagu tu. Kalau darah B, darah BADAK. Abah ORANG, jadi jenih O la.... Saya: ......
Isk... hangpa paham dak ni?
Posted at 08:58 am by hatikasih
Permalink
Apr 18, 2006
I was on leave last week. Went back to see my parents. As I stood at the station waiting for the bus, I just watched the people around me. It was already 9.00 pm, we should have been allowed to get on the bus but the driver was nowhere to be seen.
There was one family with three kids. The kids were running around their bags, trying to catch each other and laughing real hard. Then there was this other family with two kids. The older one (I guess her age was around 5 years old) were looking at the running kids with this unexplainable expression on her face. She was frowning. I did wonder about what was in her little mind. Actually I was quite amused to see the expression.
Then there were two different-looking guys. They wore their hair long, reaching the collars of their shirts. And white sneakers. The one with checked shirt was wearing a short... necktie (?). May be they are Indonesians. Then I say two thin men walking arm in arm towards us, the restless passengers. Owh, that was the bus driver. Ok, we got on the bus. The girl with the frown started calling her father who was not travelling with them. Ok then we moved out of the station, reached the highway and the girl started wailing. The mother tried to comfort her but to no avail. Then there came an almost scary voice from behind that said "Ambik adik.. ambik adik...(I'm gonna take you....)" Well... not sure if scaring kids that way will stop them from crying but the girl stopped eventually.
I dozed on and off throuhout the journey. Then somewhere near Sungai Petani, the bus stopped to pick up passangers from another bus that broke down. There was not enough seats for everyone of them. I did not expect this but the two different-looking guys gave their seats to the newcomers and they stood all the way to Sungai Petani. A stop at Sungai Petani 15 minutes later and I reach Shahab Perdana Bus Station at 6.15 am....
The journey back from Alor Setar was.. well, boring. I bought a single seat but I got double, the last seat in the bus. And the bus really stinks! Then it seemed like the bus agents sold one extra-ticket. Anyway, nobody had to stand throughout the journey but a person has to sit in the second driver's seat.
Well, that bus company, Kejora, will be in my black list, together with Cepat Ekspres (their busses broke down on me twice and the drivers like to switch passagers - asking us to take our bags and get on another bus. It is ok if it is not at 3 o'clock in the morning!), and S.E Ekspres (one of the drivers was sleazy and the agents unrealible). Transnational and Zuco has good service. They always stop at the highway's R&R area instead of that stop at Slim River (it was a restaurant that sells a plain burger for RM2.50, marks up crackers by RM1.50 above market price and I guess lunch there costs double or even triple.)
Posted at 01:43 pm by hatikasih
Permalink
Apr 5, 2006
Between problems and difficulties
Alamak... lamanya tak update ini blog....
Last week I came to realise something - which is not rocket science but the awareness change my perspective about what I am doing now. I am doing my PhD, which I felt it is near to impossible considering my workload and all but - I have been looking at all these the wrong way...
Firstly, I am too focused on the 'problems' instead of the goal. I think too much about not having enough resources, I think too much about burdening workloads - these definitely do not bring me anywhere other than depression. I should be thinking more about achieving my goal at all time. And work towards it.
Secondly, the 'problems' are not problems but are actually difficulties. Problems always have a solution. Difficulties are things that one must face no matter what. Even in solutions to problems, there are difficulties.
And the most important thing - do it because God likes you to improve yourself. So, with this new perspective... things seem a lot easier.
Posted at 10:36 am by hatikasih
Permalink
Mar 18, 2006
Hola... antara kenaikan harga petrol dan kata-kata pihak pemerintah
Haduh... lamanya tak update blog nieh. Mula-mula sekali, sebab sibuk. Ramai orang cakap kerja saya ni byk free time - kerja flexi hour, takde boss nak jenguk behind your back, bleh chat with friends and eat at any time etc etc etc...
Only recently I found the right way to describe that freedom: (1) freedom to work all the time (pinjam kata orang lain in the same profession). And (2) freedom to do everything everytime - from a typist to a decision maker.
Isu paling hangat beberapa minggu yang lalu - kenaikan harga petrol. Menteri kata, syarikat bas tak perlu naikkan tambang. Syarikat bas cuma perlu tingkatkan keberkesanan operasi supaya kos dapat dikurangkan. Syarikat bas jangan beli bas yang besar dan tak banyak tempat duduk. Syarikat bas patut beli bas yang ada banyak tempat duduk.
Hmmm... menteri tu tak pernah naik bas. Apa kata kita bawa menteri tu naik bas sekali sekala? Naik bas ekspres dari JB ke Kangar. Kita bawa dia naik bas yang ada 40 tempat duduk. Kalau ada 50 tempat duduk lagi bagus. Lepas tu, kita isi bas dengan penumpang yang bawa pelbagai barang-barang dari kampung, dan anak-anak kecil. Kita ajak cucu-cucu menteri kita sekali.
Isu no. 2 - TNB minta tarif elektrik dinaikkan. Alasan: walaupun TNB menunjukkan untung pada tahun kewangan yang lepas, beban hutang TNB banyak.
Hahahaha.... saya nak gelak besar. Hahahahaha... hahahahaha.... wakakakaka....
Isu yang tak berapa hangat - cukai pintu dinaikkan. Alasan pihak berkuasa tempatan: struktur cukai sekarang tak cukup untuk tampung kos operasi yang semakin meningkat.
Hmm... Setahu saya, masalah sebenar pihak berkuasa tempatan adalah ketidakupayaan mereka untuk mengutip hasil. Cuma tengok akaun belum terima mereka. Pasti jumlahnya lebih banyak daripada hasil yang diterima. Apabila cukai dinaikkan, balik-balik org yang tak pernah miss byr cukai ni lah yang kena tampung ketidakcekapan pihak berkuasa.
Aduh, kenapa kami yang terpaksa tanggung ketidakcekapan pihak lain?
Posted at 11:55 am by hatikasih
Permalink
Mar 6, 2006
Doktor: Ya... ada apa masalah? XXX : Saya nak buat blood test. Doktor: Blood test apa yang you nak buat? XXX : Cholestrol dengan glocose level. Doktor: Boleh. Saya kena hantar sampel darah awak ke lab. Dalam minggu depan baru bleh dapat resultlah. XXX : Ok.
Doktor pun bangun sambil mengarahkan pembantunya untuk mengambil picagari. Doktor bersedia untuk ambil darah.
XXX : Sakit tak doktor? Doktor: Tak sakit. Sikit saja. You rilex dulu. XXX : Saya takutlah doktor. Doktor: Sikit saja. XXX : Betul tak sakit ni? Doktor: You jangan tengok.
Doktor sapu alkohol pada lengan. Pembantu ikat bahagian atas lengan. Doktor suruh genggam tangan.
XXX : Takutnya... takutnya....
Doktor diam saja sambil menyuntik jarum ke lengan.
XXX : (Dalam hati) Hmmm takla sakit pun, tapi apesal la lama sangat doktor ni suntik?
Sejam lepas tu (perasan je), semua selesai...
Itulah pengalaman saya buat blood test.
Posted at 12:18 pm by hatikasih
Permalink
|
|
|