I'm just a writer with something to share. You'll find fragments from my novels, short stories, poems etc. All comments are welcomed.
First published novel: Menyingkap Ilusi. Should you want to own a copy, please drop me an e-mail at hatikasih75@yahoo.com. The price of the book is RM21.90 per copy. I'll send the book to you personally (autographed upon request, free postage for shipment within Malaysia). If you are in Melaka, there'll be a 20% discount! *wink*.
For the time being, the book is also available at MPH bookstores. Arrangements have been made to distribute the books to Rhythm Bookstores, Times, Popular, Kinokuniya dan other retail outlets.

Pengumunan:
1. Blog untuk novel "Menyingkap Ilusi telah diadakan. Sila lawat Menyingkap Ilusi untuk membaca abstrak, prolog, bab pertama dan beberapa petikan dari novel ini.
2. Blog untuk novel dalam penulisan "Siswi Norlili" telah diadakan. Blog ini hanya akan dikemaskini setiap kali satu-satu bab selesai ditulis. Walau bagaimanapun, penambahan terbaru Siswi Norlili tetap akan dimasukkan di blog utama - Ilusi.
Sila Klik untuk ke Siswi Nor Lili
|
|
|
 |
|
Mar 14, 2007
Diari Datin (Datin Diaries)
Semalam tertonton cerita Datin Diaries lepas melayan citer Deperate Housevives. I watched this out of curiosity actually.To me, Datin Diaries desperately tries to mimic Desperate Housewives - especially when entries to this Datin's diary also summarises what other characters are facing. Beautiful actresses and HUGE (as opposed to plump) lips!
Cerita tentang beberapa orang Datin yang ada masalah rumah tangga seperti anak-anak kurang hajau (ada ke anak cakap dengan mak guna ganti nama I-you je?), telah dimadukan dan bakal dimadukan. Hmm.. balik-balik cerita datuk dan datin, seolah-olah lebih 50% penduduk kat Malaysia ni adalah dari golongan datuks dan datins. Istimewa bener ya kehidupan datuks dan datins ini? Malah masalah utama mereka tak habis-habis tentang poligami, rebut harta, isteri tengking suami, anak tengking mak bapak etc etc.... waduh, mau kusut kepala ku!! Maaf ya, ada sedikit pengaruh sinetron di dalam ucapanku ini.
Dan kenapa Datin Diaries? Kenapa tidak Diari Datin atau Datin's Diaries? Kalau "Suri Rumah Terdesak" (Desperate Housewives) digunakan dengan bangganya oleh penerbit kat sana, kenapa kita tak guna Diari Datin? Atau... Datin Terdesak?
Posted at 08:19 am by hatikasih
Permalink
Mar 12, 2007
There is a contest that need you the create your own version of 'who is kyle XY'. It becomes even more difficult if one know the entire series - which is freely available through the Internet. Well, I have my own version of Kyle XY too...
So, who is Kyle XY?
... he was my boyfriend at 16. (Jawapan camni diterima tak?)
Posted at 06:51 am by hatikasih
Permalink
Mar 1, 2007

Masa cuti raya cina baru ni, buatsetup my fish tank. It's an old tank actually, but new filter, some new gravel and a new plastic plank... Overall... a new tank without good bacteria... Beberapa hari lepas tu, baru isik ikan guppies. Tengoklah berjaya atau tidak kali ni. Tangki ni kecik, jadi susah nak jaga. Air cepat tercemar.
Bila dah start dengan hobi ni, mulalah jadi fanatik. But seriously, one can spend quite sometime just to watch the fish swimming. Very relaxing. Jadi Sabtu lepas pergi lagi kedai ikan tu, ended up bawa balik yet another 5 gallon glass tank for RM15. Set-up the tank with gravel, plastic plant, treated water etc. The tank was then ready for its occupant. Since I place it on the coffee table (no worries, the table cam support the weight on the tank), too far away from electrical outlets, I decided to get a Betta Splenden (ikan pelaga siamlah ni). The next day, I got myself Blue Joe....

This is him on the first day. Shy and was on-guard always. Maybe because he was placed in a big tank with many other bettas. The bettas in the tank kept flaring at each other, some with their fins nipped. But I did not see any serious fights among them.
Hari kedua, Blue Joe dah tak takut2. Nampak saja bayang2 tepi tangki, dia mesti datang, terkembang-kembang. Dia buat buih yang banyak jugak. Ini gambar semalam:

Joe dapat pokok baru. As soon as the plant was hooked to his tank, he slipped himself through the roots, looking very curious indeed.
Posted at 08:14 am by hatikasih
Permalink
Feb 20, 2007
Hi..
Been around.. doing this and that.... ok, to start the comeback..:
Azree: I nak tanya you satu soalan psychology Seri: Soalan apa? Azree: Ada sebatang pokok yg rendang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dari pokok tu, tumbuh pucuk dan daun. Kemudian datang musim luruh... daun pada pokok tadi layu, kering lalu gugur ke tanah. Jadi di antara keempat-empat elemen tadi: pokok, hujan, daun, dan musim luruh: mana yang you suka? Seri: Yang I suka? Azree: Ha'ah.
Seri terdiam.. berfikir. Yang mana satu dia suka? Pokokkah, daunkah, hujankah, atau musimkah? Yang mana menarik pada fikirannya...?
Seri: I suka daun. Azree: Kenapa suka daun? Seri: Sebab ada cerita di sebalik daun tu. Ada permulaaan iaitu pucuk dan ada akhirnya apabila ia kering dan jatuh ke tanah. Azree: Tapi... ada yg tak baik tentang daun tu. Seri: Kenapa? Sebab dia mati? You pilih apa? Azree: I mestilah pokok.... Seri: Kenapa pokok... Azree: Org yang pilih pokok ni adalah org yg penyabar, dan tak mudah berubah hati. Seri: Pokok boring.... Kalau hujan? Azree: Org yg suka hujan adalah org yg suka dibelai dan dimanja... Seri: Musim luruh? Azree: (Ketawa) Org yang suka main kayu tiga. Seri: Ada ke macam tu pulak. Habis tu, daun tu apa? Azree: Daun tu you-lah... Seri: I apa...? Azree: Playgirl.... Seri: Chesss....
Posted at 12:48 pm by hatikasih
Permalink
Sep 27, 2006
Tengah dengar radio ni, ada cerita dari pendengar tentang gaji. Mendengar cerita mereka, terasa sangat yang........ "Mokcik ni kayo gak yo..."
Rasa macam tak cukup je gaji saya sekarang tapi sebenarnya lagi ramai yang laaaaagi tak cukup. Teringat masa kecik-kecik dulu. Masa tu gaji abah cuma RM450 sebulan. Mak ambil upah jahit baju (masa tu, sepasang baju kurung RM15 rasanya). Tapi kami adik-beradik masih cukup makan pakai. Iyalah, kami tak ada kereta, tak ada motosikal. Yang ada cuma bas dan basikal... Pergi sekolah jalan kaki. Rumah disediakan gomen - cuma ada satu bilik tidur yang agak besar, satu ruang dapur dan ruang tamu. Bilik air kat luar.
Bila difikir balik, banyak yang kami tak ada (atau lebih tepat, tak mampu kami miliki). Kebanyakan perabot kami, abah buat sendiri. Meja belajar, almari tv, rak kasut, almari dapur - semua tu abah yang buat sendiri. Memasak guna dapur minyak tanah yang amat-amatlah tidak efficient (it takes longer to cook using this stove compared to gas stove). Kami tak ada telefon. Mesin basuh jangan haraplah. And we don't go for holidays. Holidays mean pergi rumah tok kat kampung atau pergi rumah pakcik kat Langkawi. Cuma masa tu, tak terasa pula kekurangan.
Kemudian, abah pencen dan kami pindah dari situ. Abah dapat beli tanah di kawasan kampung, dan buat rumah sendiri. Kecik saja rumahnya - kalau berdiri di jalan depan rumah, boleh nampak jalan kat belakang rumah melalui tingkap. Masa tu, pencen abah dah tinggal lebih kurang RM250. Mak terus menjahit. Masa ni upah jahit baju kurung dah naik ke RM18. Saya dan adik masih di sekolah menengah. Still no telephone and I used to be left out whenever friends met - they couldn't contact me and I was staying far away from town. And during those time also, the tv broke down and we couldn't afford to buy a new one.
Tak tahulah macam mana kami survive... but we made it.
Saya masuk matrikulasi IPTA. Alhamdullillah. Masa tu saya dapat biasiswa Kementerian Pelajaran. Lagipun yuran taklah mahal sangat. Masa lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, masih ada lagi baki biasiswa yang saya guna untuk bayar yuran permulaan, sebelum dapat pinjaman JPA.
Kali pertama dapat pinjaman, RM3000 rasanya... (I've repaid the loan by now). Wah, sukanya hati. Perkara pertama yang saya beli - dapur gas untuk mak dan abah kat kampung. Since then, I've become almost financially independent.
Looking back, it is no wonder that I do not really need much. We make do with what ever that we have. I still do not have a washing machine (tapi mak dah ada mesin basuh kat rumah), no sofa at my place here in Melaka, and I am still using a six year old handphone. Ada seorang kawan yang tiap kali datang rumah saya, mesti dia komen - you are so sempoi.
Well... yes I am.
Posted at 08:00 am by hatikasih
Permalink
Sep 1, 2006
Gosh... I'm soooooooooooo frustrated this morning due to some irresponsible chicken owner.
A month back, a chicken laid some eggs at my front porch - right on the cement floor!! Thinking that the chicken might appreciate a proper place, I put up a make-shift nest for it using garden pots - well, not after we've taken some of the eggs. I knew that mother hen won't be able to handle too many little chicks! This is actually the third time I've got hens laying eggs around the house and I've witnessed how the hens lost their babies... That was why we took away the eggs this time. And not even once the onwer came and asked.
However, the hen managed to keep five of the eggs for itself. And somehow, the hen become another familiar addition to my house. My roomates called it our adopted chicken. A month passed and yesterday two cute little babies came out. Another one was crushed to death by its mother and the other two eggs didn't hatch. Well, it must be the hen's first time...
As soon as the hen brought out its little chicks, the boys of the neighbourhood started to throw things at them, despite our effort to stop them. It forced the chicken into the empty drain - which is too steep for the chicks to climb out.
Then last night the rain poured heavily to the ground.
This morning, I saw the drain full of moving water and the mother hen clucking away not far from it. And I feel so damned frustrated...
If you want to raise chickens, please provide a proper coop for it.
Posted at 07:57 am by hatikasih
Permalink
Aug 4, 2006
Petua untuk lebatkan bulu mata dan kening:
Kalau nak susah, ambil buah keras, goreng sikit, tumbuk sampai keluar minyak dan sapu ke bulu mata dan kening.
Cara senang: beli gel aloe vera dan sapu di bulu mata dan kening. Tapi jangan sampai masuk mata pulak. Ada banyak jenama gel aloe vera - fruit of the earth, EUBOS etc...
Rancang-rancangnya minggu depan nak menjahit: 1. Blouse hitam 2. Dress tali halus 3. Tunic
Kita tunggu dan lihat sama ada menjadi atau tidak....
Posted at 06:03 pm by hatikasih
Permalink
Jul 31, 2006
1 Melecur di tangan dah sembuh, yay!! Tinggal tanda-tanda berwarna merah jambu dipinggiri warna kelabu asap. Paling best masa kulit-kulit mati tu nak tertanggal... puas ku tarik-tarik! Hahahaha.... 
2 I finished reading the novel "Memoirs of a Geisha" a few weeks ago. I enjoyed its beginning, its lyrical language but it is difficult for me to accept the ways of life that are being portayed in the novel. So in the end, the novel kinda lost its appeal on me.
3. "Saya nak beritahu sesuatu kat awak..." kata Ben. Suaranya kedengaran serius di talian.
"Nak beritahu apa?" tanya Lina.
"Dulu, sebelum kenal awak saya..." Ben terus bercerita tentang satu perkara yang pernah dia lakukan. Lina mula menjadi sebak. Dia tidak dapat menerima akan hal tersebut. Masalahnya, dia sayang Ben. Dia sayang hubungan yang baru mencecah tiga bulan ini. Sayup-sayup dia dengar bicara Ben, "Disebabkan hal ini, saya rasa kita patut putus saja...'
Lina tersentak. Tak... dia sayang Ben. "Perkara yang lepas tu, biarkanlah. Sekarang kita mulakan kisah baru. Yang penting awak jangan buat lagi."
"Tapi... saya rasa bersalah..."
"Ben... saya sayang awak. Saya tak kisah hal yang dulu-dulu tu..." pintas Lina. Talian diputuskan dan Lina terus menangis. Dia sayang Ben.
Lina adalah representasi salah seorang hamba Allah yang saya kenal. Dia terpelajar sedangkan Ben tidak. Ben berusia setahun lebih muda daripada Lina dan bekerja sebagai seorang kerani di Perak.
Kata seorang kawan lain, mungkin Ben sengaja mereka cerita semata-mata untuk memutuskan hubungan dengan Lina. Lagipun, setahunya, hanya Lina yang sentiasa menelefon Ben. Dan setiap kali menelefon, Lina yang banyak bertanya tentang Ben. Lina yang sanggup menaiki bas ke Perak semata-mata untuk berjumpa dengan Ben. Malah, baru-baru ini Ben datang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu Lina. Apabila Lina minta Ben turun ke Nilai untuk menemuinya, Ben memberi alasan.
Pada saya, Lina agak rendah diri orangnya. Kulitnya hitam manis dan berbadan agak gempal. Dia jadi tidak kisah dengan kekurangan Ben dari segi pelajaran - selagi Ben dapat menerima dirinya seadanya.
Entah, saya tak tahu. Saya tidak kenal siapa Ben. Tapi saya kasihankan Lina. Saya harap dia tidak akan kecewa.
Posted at 08:58 am by hatikasih
Permalink
Jul 17, 2006
Hai.. tak habis-habis lagi cerita di dapur ya? Minggu lepas, petang Khamis, malam Jumaat saya dengan suka hati masak spagetti. Telah berlaku satu kemalangan, air rebusan spagetti yang baru mendidih tercurah ke tangan kiri.
7.10 ptg : Air tercurah ke kelima-lima jari dan sebahagian tapak tangan, terus lalukan air dari pili.
7.15 ptg : Rendam tangan dalam semangkuk air - kepala dah pening, mabuk, mual (kalau tengok darah/nanah sendiri saya jadi mabuk - darah orang lain tak mabuk pula) - sapu gel aloe vera - rendam lagi - sakit macam tangan sedang dibakar atas api - teringat orang yang terbakar, mesti lagi sakit - solat Maghrib macam kartun - rendam lagi - sakit belum kurang - teringat api neraka huhuhuhu.. mesti lagi sakit - baca buku cerita sambil rendam tangan untuk alihkan perhatian.
9.00 mlm : Baru teringat saya ada jeli gamat - sapu jeli gamat, rasa nyaman sket - sakit dah mula kurang tapi turun naik macam ombak besar - letak tangan kat kipas angin
10.00 mlm : Sakit dah kurang sangat, macam ombak-ombak kecil di gigi pantai.
12.00 mlm : Dah tak sakit - Yay! Solat Isyak dan tidor....
Jumaat : Tapak tangan dan jari-jari nampak merah. Separuh jari manis bengkak, dua kesan melecur hitam di jari manis dan jari kelingking, ada dua biji blisters yang tak berapa besar. Hmm.. sakit bukan main, tapi outcome-nya tak seberapa pun...
Sabtu : Tapak tangan mengelupas halus-halus (geramnya, siap ditarik-tarik dengan tweezers). Blisters yang sedia ada jadi bertambah besar, ada blisters baru keluar. Bengkak belum surut.
Ahad : Baru nampak kecederaan sebenar, kulit jadi hitam-hitam (separuh jari manis, jari kelingking sikit, jari hantu sikit, atas ibu jari sikit). Blisters kecil-kecil mula kelihatan. Bengkak sedikit surut.
Hodohnya... macam tangan Freddie Krugger.. wahahahahah..!!!!
Posted at 08:40 am by hatikasih
Permalink
Jul 4, 2006
Makcik Onah sedang melayan Mak Su Tijah sekeluarga. Mak Su Tijah menziarah Makcik Onah, dengan tujuan untuk memperkenalkan menantu barunya, Ika. Di atas meja, terhidang goreng pisang yang masih panas - hasil tangan Pak Tam (tiada hubungan keluarga dengan Makcik Onah ataupun Mak Su Tijah) yang berniaga di tepi simpang sana.
Sepanjang ziarah itu, puas Makcik Onah menemu ramah Ika. Pelbagai soalan ditanya dari asal keturunan Ika hinggalah ke pendapatan bulanannya - yang terpaksa Ika jawab dangan wajah manis-manis kelat.
Setelah lebih sejam dan sepiring goreng pisang telah pun terkubur di dalam perut, Mak Su Tijah mula menunjukkan tanda-tanda untuk mengundur diri. Ika mula mengemas meja, menyusun cawan dan piring di atas talam. Makcik Onah berkata, "Eh, janganlah susah-susah Ika. Biarlah kat situ."
Mendengar bicara Makcik Onah, Ika sekadar menyusun cawan terakhir lalu kembali duduk di samping Mak Su Tijah. Kedua-dua mereka meninggalkan rumah Makcik Onah tidak lama kemudian.
Menjelang petang, Makcik Onah pula bertandang ke rumah jirannya Mak Choh. Cuma kali ini Mak Choh tak pula menghidangkan apa-apa. Sekadar segelas air kosong buat membasahkan tekak.
Sambil melepaskan lelah yang entah dari mana datangnya, Makcik Onah memulakan cerita, "Tadi Tijah datang umah aku. Bawa menantu baru dia."
"Eh, iya ke.... tak singgah rumah aku pun," balas Kak Choh seraya menggelengkan kepala. "Macam mana rupa menantu dia tu?"
"Bolehla tahan. Kerja pun bagus jugak..."
"Iyer... bertuah si Tijah tu yer..."
"Harapnya macam tulah..." jawab Makcik Onah. Mulutnya sedikit tercebik.
"Kenapa Onah, ada yang tak kena ke?" soal Kak Choh, hampir berbisik.
"Entah, aku tengok macam berat tulang je budak tu. Silap-silap haribulan, Tijah yang kena jaga dia, bukan dia yang jaga Tijah."
"Pemalas?"
"Dia datang rumah aku tadi... langsung tak ditolongnya angkat cawan ke dapur. Dia biar ajer kat atas meja tu..."
Kak Choh menggeleng-gelengkan kepala sambil berbunyi, "Isk... isk... isk...."
****************************
Ini kisah makcik-makcik dari generasi yang terdahulu. Kadang-kadang apa yang diperkatakan tidak sama dengan persepsi dan ekspektasi.
Posted at 01:16 pm by hatikasih
Permalink
|
|
|