Hi..
Been around.. doing this and that.... ok, to start the comeback..:
Azree: I nak tanya you satu soalan psychology
Seri: Soalan apa?
Azree: Ada sebatang pokok yg rendang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dari pokok tu, tumbuh pucuk dan daun. Kemudian datang musim luruh... daun pada pokok tadi layu, kering lalu gugur ke tanah. Jadi di antara keempat-empat elemen tadi: pokok, hujan, daun, dan musim luruh: mana yang you suka?
Seri: Yang I suka?
Azree: Ha'ah.
Seri terdiam.. berfikir. Yang mana satu dia suka? Pokokkah, daunkah, hujankah, atau musimkah? Yang mana menarik pada fikirannya...?
Seri: I suka daun.
Azree: Kenapa suka daun?
Seri: Sebab ada cerita di sebalik daun tu. Ada permulaaan iaitu pucuk dan ada akhirnya apabila ia kering dan jatuh ke tanah.
Azree: Tapi... ada yg tak baik tentang daun tu.
Seri: Kenapa? Sebab dia mati? You pilih apa?
Azree: I mestilah pokok....
Seri: Kenapa pokok...
Azree: Org yang pilih pokok ni adalah org yg penyabar, dan tak mudah berubah hati.
Seri: Pokok boring.... Kalau hujan?
Azree: Org yg suka hujan adalah org yg suka dibelai dan dimanja...
Seri: Musim luruh?
Azree: (Ketawa) Org yang suka main kayu tiga.
Seri: Ada ke macam tu pulak. Habis tu, daun tu apa?
Azree: Daun tu you-lah...
Seri: I apa...?
Azree: Playgirl....
Seri: Chesss....